='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 11 November 2012

Sahabat Selamanya

Assalammualaikum everyone!!! arini aq ingin berkongsi sedikit pasal sahabat. Ape bezanye sahabat dengan org laen. Seorang sahabat yg sejati bukanlah boleh dijumpai ditepi jalan ataupun jatuh dari langit. Tetapi mereka adalah org yg selalu mendampingi kite semase kite sedih,gembira,duka,ketawa riang bersama. Oleh itu, hargailah sahabat anda selagi mereka bersama kite.





Antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah dua orang lelaki yang berkasih-kasihan kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Allah sangat mencintai orang yang mengasihi sahabatnya. Bagaimanakah mengasihi sahabat? 
Kita tidak menegur sahabat yang berbuat kemungkaran kerana takut sahabat terasa hati. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan sahabat terus leka dengan keseronokan dunia. Sahabatkah kita?
Kita mengikut saja kemahuan sahabat yang senantiasa menginginkan keseronokan kerana ingin menjaga hati sahabat. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat membuka aurat sesuka hatinya walhal kita punya kuasa untuk menegur. Sahabatkah kita?
Kita membiarkan saja sahabat mengabaikan solat fardunya. Sahabatkah kita?
Kita selalu mengabaikan perasaan sahabat dan sering menyakitkan hatinya. Sahabatkah kita?
Kita meninggalkan sahabat ketika dia dalam kesusahan. Sahabatkah kita?
Sahabatkah kita kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik dengan sahabat, berlapang dada dengan sahabat dan melebihkan sahabat dari kepentingan diri sendiri?




Engkaulah Sahabatku Selamanya







   






walau apepon yg terjadi..korunk la sahabatku selamanye...luv u guys..
   

No comments:

Post a Comment